Majlis Makan Malam ANSARA Serting 2015

Majlis Makan Malam ANSARA Serting 2015

Objektif : Merapatkan ukhuwah dan menarik bekas pelajar untuk menyertai Ansara Serting.

Alhamdulillah pada 7 Februari 2015 pihak Ansara Serting telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Ansara Serting 2015.  Tema yang dipilih pada malam itu adalah MRSM Serting dalam Ingatan.

Majlis telah diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan TUDM Subang. Pada majlis ini, kehadiran guru dan bekas guru MRSM Serting adalah satu yang ditunggu-tunggu oleh bekas pelajar.

Seramai 13 guru dan bekas guru yang hadir dan 103 bekas pelajar daripada pelbagaiBatch telah hadir pada majlis ini.

Kehadiran guru-guru merupakan suatu yang dinantikan oleh bekas pelajar. Peluang bertemu setelah sekian lama tidak bertemu digunakan sebaiknya oleh bekas pelajar dan juga guru-guru untuk bertanya khabar dan juga melepaskan rindu pada guru.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Fatanah yang merupakan Pengetua MRSM Serting daripada 1997 sehingga 2000.

Gambar-gambar majlis boleh dilihat dengan melayari link dibawah;

https://www.facebook.com/arifmddin/media_set?set=a.10153009770795256.537580255&type=3

Senarai 13 guru yang hadir adalah seperti dibawah;

  1. Dr Fatanah.
  2. Cikgu Suhairi
  3. Cikgu Hamidah
  4. Cikgu Normah
  5. Cikgu Hanif
  6. Cikgu Zazali
  7. Cikgu Hafizah
    8. Cikgu Siti Khadijah
    9. Cikgu Norizan
    10. Cikgu Faridah
    11. Cikgu Noor Hassan (Pengetua kini)
    12. Cikgu Suzita
    13. Ustazah Hashimah
    14. Cikgu Shima

Majlis seperti ini wajar terus dianjurkan pada masa hadapan bagi merapatkan ukhuwah sesame bekas pelajar dan guru-guru.

ajk majlis makan malam
ajk majlis makan malam dan guru-guru
tuo-tuo dah semuonyo. hahaha.
class of 95
class of 96
class of 96
class of 97
class of 97
class of 98
class of 98
the cikgus yang comel-comel
the cikgus yang comel-comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *