Ansara Serting di Kem Sains MRSM Serting 2015

Ansara Serting di Kem Sains MRSM Serting 2015

Kem Sains MRSM Serting 2015 telah diadakan pada 8 Mei 2015 sehingga 10 Mei 2015 bertempat di Golden Straits Villa Beach Resort, Port Dickson.  Seramai kira-kira 70 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai kem ini.

Ansara Serting telah diberikan dua (2) slot untuk diisi pada program ini. Slot pertama adalah pada 8 Mei 2015 selepas solat Asar, manakala slot kedua pada 9 Mei 2015 selepas waktu Isya’.

Slot pertama diisi dengan program Visualization In Participatory Program (VIPP) yang telah dikemudi oleh Tn Hj Dziehan Mustpha dan dibantu oleh En Khuzaifah dan Pn Hanani.

Program ini dibina bagi mencungkil minat pelajar dan juga kelemahan-kelemahan pelajar. Kelemahan-kelemahan yang dicungkil ini pula diberikan kaedah penyelesaiannya.

 

Pelajar-pelajar didapati telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjalankan program ini.

Slot kedua yang diisi oleh Ansara Serting adalah seisi perkongsian pengalaman dari zaman persekolahan sehingga zaman pekerjaan. Slot ini bermula pada jam 9:00 malam dan berakhir kira-kira jam 11:00 malam.

Slot ini dijalankan berbentuk forum. Forum yang diadakan lebih banyak kepada seisi soal jawab. Slot ini  dikemudi oleh En Mohd Faizul Irwan B Mohd Razali (MFI) yang juga salah seorang yang berkongsi pengalaman. MFI merupakan pelajar SPM 1995 dan kini bertugas sebagai seorang jurutera di Cyberjaya.

Panelis kedua ialah En Mohd Dziehan Mustpha, yang merupakan pelajar SPM 1997 dan kini merupakan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala panelis yang ketiga adalah Pn Hazratul Mumtaz Lahuri yang merupakan seorang Penyelidik Kanan di Petronas Research Sdn Bhd.

 

Ketiga-tiga panelis banyak meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Diharap dengan adanya seisi ini pelajar dapat sedikit sebanyak merasai pengalaman yang telah dilalui oleh ketiga-tiga panelis ini.

 

Diharapkan kerjasama seperti ini di antara MRSM Serting dan Ansara Serting dapat diteruskan di masa hadapan.

One thought on “Ansara Serting di Kem Sains MRSM Serting 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *