Ansara Serting terima anugerah

Ansara Serting terima anugerah

Pada 27 Mac 2015 bersamaan dengan 6 Jamadil Akhir 1436H, pihak Ansara Serting telah dijemput oleh pihak Maktab untuk bersama-sama dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting 2015.

Majlis ini telah diadakan di Dewan Gemilang, MRSM Serting. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Ahmad Naim b Ahmad Yahaya. Beliau merupakan Dekan UniKL MICET.

Pihak Ansara Serting dijemput pada majlis ini bagi menerima Anugerah Komuniti Setempat. Moga dengan anugerah ini melonjakkan lagi semangat ahli Ansara Serting untuk menabur khidmat kembali kepada Maktab yang pernah mendidik kita.

Anugerah ini telah diterima oleh Ir Rozaimi Shamsudin yang merupakan Presiden Ansara Serting.

Moga dengan anugerah ini juga membuatkan bekas-bekas pelajar MRSM Serting akan menyertai Ansara Serting dan seterusnya bersama-sama kita menabur bakti kembali kepada Maktab.

Pada majlis tersebut, Ansara Serting telah diwakili oleh Ir Rozaimi Shamsudin, En Mohamad Khuzaifah Redzuan, Pn Tengku Maslizan Engku Mashar dan Pn Merlia Malik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *