Infaq MRSM Serting 1435

Infaq MRSM Serting 1435

Alhamdulillah program ‪#‎infaqmrsmserting1436‬ yang dianjurkan oleh Ansara Serting telah diakhiri dengan upacara penyerahan duit raya kepada pelajar-pelajar MRSM Serting yang layak menerimanya pada 13 Julai 2015 bersamaan dengan 26 Ramadan 1436H.

Seramai 69 pelajar MRSM Serting telah menerima duit raya tersebut yang disampaikan oleh saya sendiri sewaktu Majlis Khatam AlQuran, Majlis berbuka puasa Perdana dan Majlis penutup Ihyak Ramadhan 1436H MRSM Serting semalam.

Ansara Serting telah menghantar 7 orang wakil untuk majlis ini En. Mohd Dziehan Mustapa, En Ahmad Akmal Abdull Wahid, En. Remi Asmuni, En. Rosli Shaari, Pn Merlia Malik, Pn. Addiwiyah Noor dan saya sendiri.Jumlah kutipan sehingga 07hb Julai 2015 mencecah RM11,680.00 berbanding RM6,810.00 pada Ramadhan 1435H yang lepas.

IMG-20150713-WA0036 IMG-20150713-WA0043 IMG-20150713-WA0047 IMG-20150713-WA0052 IMG-20150713-WA0054 IMG-20150713-WA0055 IMG-20150713-WA0057

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bukan sahaja terdiri dari bekas-bekas pelajar MRSM Serting yang beragama Islam malah sumbangan juga kami terima daripada mereka yang bukan beragama Islam. Insya Allah kita akan sama-sama meneruskan tradisi ini di tahun-tahun akan datang.

Secara amnya, setiap pelajar telah membawa duit raya sebanyak RM160/seorang sumbangan dari Ansara Serting. Lebihan yang diterima akan diketahui pada hujung bulan nanti (menunggu acc statement) dan ianya akan diserahkan pada tabung pembangunan maktab dan surau.

Saya juga menyerahkan sumbangan yang sama kepada Adik Qairil dari batch SPM 2012 yang hadir bersama beberapa orang rakan batchnya pada malam tersebut. Masih ingat adik Qairil kan? Kami bersama2 guru dan kakitangan maktab pernah melawat beliau pada bulan Feb 2015 tempohari setelah berita mengenai beliau viral di akhbar2 dan media sosial kerana masalah penglihatan yang dialami secara tiba2. Sila klik link untuk membaca Lawatan ke Kediaman adik Qairil.

Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak MRSM Serting dan YDP Muafakat (Dato’ Shahrulnizam bin Yunos) atas layanan baik yang telah diberikan. Semoga di masa akan datang kita dapat terus bekerjasama dengan lebih erat lagi dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar MRSM Serting dan maktab umumnya.

Terima Kasih,
Zulkifli Arshad
Bendahari Ansara Serting

Gambar semasa Program berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *