Pelancaran Program Gemilang 2016 MRSM Serting

Pelancaran Program Gemilang 2016 MRSM Serting

30 Januari 2016

Program Gemilang 2016 ini adalah program tahunan yang dirancang oleh pihak MRSM Serting.

Ansara Serting telah dijemput untuk bersama-sama dengan pihak MRSM Serting dan Muafakat untuk pelancaran Program Gemilang MRSM Serting 2016.

Pelancaran program ini telah dilaksanakan pada 30 Januari 2016 di MRSM Serting.

Ansara Serting dijemput bersama-sama bagi memeriahkan acara pelancaran program ini.

Antara objektif program yang dirancang oleh maktab ini adalah untuk mengatur strategi kecemerlangan dalam peperiksaan-peperiksaan utama yang akan diambil oleh pelajar. Selain daripada itu, antara objektif lain adalah untuk melahirkan pelajar berketrampilan dan berusaha gigih.

Ansara Serting juga secara tidak langsung terlibat sama dalam Program Gemilang ini melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Ansara Serting.

Wakil Ansara Serting yang turut hadir dalam program ini adalah Presiden Ansara Serting, Ir Rozaimi Shamsudin, En Zulkifli Arshad dan Pn Addiwiyah Noor Abd Rashid.

gemilang lunch
Untuk pelancaran program kali ini, pihak MRSM Serting telah menjemput En. Ahmad Azwadi B Ameruddin yang merupakan seorang Pengurus Kewangan dan Risiko di Jambatan Kedua Sdn Bhd. En Ahmad Azwadi adalah bekas pelajar MRSM Serting yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1998.

Kerjasama erat antara MRSM Serting dan Ansara Serting seperti ini amatlah wajar diteruskan bagi membolehkan kedua-dua organisasi ini terus bergerak maju bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *