Program #ReviveTohoi

Program #ReviveTohoi

Tarikh Program : 15-20 Januari 2016
Tempat Program : Pos Tohoi, Gua Musang

Program oleh Kelab JASA UIAM dengan kerjasama ANSARA Kasih dan G153

Peserta dari ANSARA Serting, Ahmed Akmal Bin Abdull Wahid.

ANSARA Kasih telah mengadakan kerjasama dengan Kelab JASA UIAM bagi menganjurkan program “Oneness In Challege Tohoi 3.0”. ANSARA kasih hanya terlibat dengan program ini pada tarikh 16-17 Januari 2016 sahaja atas kekangan kesemua ahli ANSARA telah bekerja.

Seramai 30 orang dari ANSARA Kasih dan 5 orang G153 telah terlibat bagi menbantu menjayakan program ini. Kumpulan ANSARA Kasih bergerak dari KL ke Pos Tohoi menggunakan 8 unit kenderaan 4WD dan seunit kenderaan 6 WD (Pinzgauer).

Kumpulan ini terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan bergerak pada sebelah petang (selepas solat Jumaat) dan satu kumpulan lagi akan bergerak selepas Isyak.

Bagi Kumpulan A, selepas solat Jumaat, mereka berkumpul di UIA sebelum bergerak ke Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang dan mereka bermalam di sana. Manakala, Kumpulan B berkumpul di sebuah kedai makan980454_515917138589026_4518318662511683882_o 12489316_515913365256070_2479032713812090691_o 12615143_515915851922488_7527745172957016521_o berhampiran sebelum bergerak dan seterusnya berkumpul kembali bersama dengan Kumpulan A.

ANSARA Kasih telah bersolat Subuh berjemaah bersama dengan penduduk tempat di Masjid tersebut. Sementara menunggu ketibaan Dr. Mizan Hitam, Dr. Nurzalifa, dan Mejar Kalam dari UIAM dan En. Raman Bah Tuin, wakil orang Asli Gombak untuk sesi sarapan pagi bersama-sama sebelum bergerak masuk ke Pos Tohoi, Kumpulan ANSARA Kasih mengadakan sesi taklimat ringkas, pembahagian kumpulan dan mengemas apa-apa yang patut.
Kumpulan dari UIAM telah sampai dalam jam 8.00 pagi di Masjid. Seterusnya kumpulan ANSARA Kasih dan UIAM berbincang untuk sarapan pagi di mana dan seterusnya bergerak ke kedai makan yang berhampiran dengan Masjid.

Semasa di kedai makan, Datuk Mizan Hitam diperkenalkan oleh Dr. Nurzalifa dengan kumpulan ANSARA Kasih dan G153. Datuk Mizan Hitam amat gembira dapat bekerjasama dengan kedua-dua kumpulan ini.

Selepas sesi sarapan pagi, kumpulan ANSARA Kasih dan UIAM telah singgah ke IPD Polis Gua Musang untuk memberikan nama peserta dari ANSARA Kasih yang baru sahaja menyertai program ini. Seterusnya kumpulan ini terus bergerak dan berhenti di hadapan SK Kuala Betis, iaitu tempat berkumpul sebelum masuk ke Pos Tohoi.

Ketibaan kami di SK Kuala Betis disambut gembira oleh anak-anak Orang Asli yang berkumpul di tepi pagar asrama sekolah. Kebanyakan anak Orang Asli akan tinggal di asrama kerana kesukaran untuk mereka berualang alik dari rumah ke asrama setiap hari.

Di SK Kuala Betis, kami mengadakan sesi taklimat ringkas berkenaan perjalanan yang bakal dihadapi untuk masuk ke dalam Pos Tohoi dan bacaan doa untuk mendoakan keselamatan kumpulan ini. Seterusnya kami mengadakan sesi bergambar. Dari taklimat telah dimaklumkan perjalananan akan mengambil masa lebih kurang satu jam. Jalan dalam keadaan yang baik cuma ada satu tempat yang mungkin agak sukar sikit kerana hujan pada hari Jumaat.

Selepas sesi taklimat, kami terus bertolak masuk ke Pos Tohoi. Setibanya kami di Pos Tohoi, ketibaan kami disambut oleh pelajar UIAM yang sedang menunggu kehadiran Datuk Mizan Hitam dan ANSARA Kasih untuk sesi perasmian.

Majlis perasmian diadakan di dalam makmal. Majlis perasmian dihadiri oleh Datuk Mizan Hitam dan Dr. Nurzalifa dari UIAM, Tok Batin Pos Tohoi, Ketua Wanita Pos Tohoi, En. Raman Bah Tuin, wakil orang Asli Gombak, En. Harun Aminulrashid, Timb. Presiden ANSARA dan Amir Kamarulzaman, Pengarah Program “Oneness In Challenge – Tohoi 3.0” serta kumpulan pelajar dari UIAM dan juga kumpulan dari ANSARA Kasih.

Majlis Perasmian dimulakan dengan bacaan doa dari wakil pelajar UIAM, seterusnya ucapan dari Tok Batin Tohoi. Kemudian ucapan perasmian program oleh Datuk Mizan Hitam. Majlis diakhiri dengna upacara penyampaian cenderahati pada Datuk Mizan Hitam, Tok Batin Tohoi, En. Raman Bah Tuin dam En. Harun Aminulrashid.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi gambar beramai-ramai dengan lebih kurang 80 orang pelajar dari UIAM dan 35 orang dari ANSARA Kasih dan kanak-kanak dari Pos Tohoi.
Selepas sesi majlis perasmian, Datuk Mizan Hitam dan ANSARA Kasih telah dibawa untuk melawat program yang telah diuruskan oleh pelajar UIAM iaitu aktiviti pemeriksaan kesihatan dari wakil Hospital Gua Musang dan juga pendaftaran surat beranak dank ad pengenalan oleh Jab. Pendaftaran Daerah Gua Musang.

Dalam masa yang sama, Saudari Hamizah dan Syazwani telah menyerahkan cat untuk kegunaan mewarnakan lukisan Mural di dinding SK Tohoi dan meyertai kumpulan Mural. Kumpulan Mural telah diketuai oleh saudara Najmi dari UIAM.

Sebelum sesi makan tengahari, Datuk Mizan Hitam telah diajak oleh Dr. Nurzalifa untuk berehat dan bercerita mengenai program-program yang akan dijalankan selama seminggu oleh pelajar UIAM. Manakala kumpulan ANSARA Kasih pula memunggah barang dari kenderaan dan mendirikan khemah untuk berehat.

Setelah makanan tengahari siap dimasak oleh sekumpulan pelajar UIAM yang diketuai oleh Siti Nur Hidayu, makanan telah dihidangkan kepada Datuk Mizan Hitam dan tetamu lain serta kepada pelajar-pelajar UIAM dan ANSARA Kasih. Menu pada tengahari itu adalah nasi putih, sambal kentang goreng dan kobis masak lemak putih. Makanan tengahari dihidangkan dalam talam untuk mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.

Selepas sesi makan tengahari, Datuk Mizan Hitam terpaksa pulang kerana perlu menghadiri program lain. Beliau berkata beliau lebih mengutamakan program ini dari program-program yang lain. Sebab itu beliau sanggup datang dari Selangor untuk memberikan sokongan pada pelajar-pelajar UIAM. Beliau diiringi keluar oleh Mejar Kalam dan Dr. Nurzalifa.
Sesi diteruskan dengan solat Zohor secara berjemaah.

Selepas sesi solat Zohor secara berjemaah, pelajar UIAM mengajak ANSARA Kasih untuk hadir ke sesi taklimat pembahagian kumpulan untuk program ziarah rumah ke rumah. Sebanyak 10 kumpulan yang telah dibentuk untuk menziarah 100 buah rumah di Pos Tohoi.

Pada petang itu, setiap kumpulan akan membawa 5kg kampit beras untuk sebuah rumah untuk diberikan kepada rumah-rumah yang akan diziarah. Selain itu, mereka juga diberikan modul untuk diajarkan pada tuan rumah. Modul mereka pada petang itu ialah untuk mengajar bacaan Bismillah.

Saudara Akmal telah mengikuti kumpulan yang dianggotai oleh 3 pelajar wanita UIAM, saudari Yana, Ieda dan Asmah untuk menziarah 7 buah rumah. Alhamdulillah, kehadiran kami disambut gembira oleh setiap tuan rumah. Namun ada 2 buah rumah tiada penghuni.

Kebanyakan rumah yang kami ziarahi hanya tinggal golongan wanita dan kanak-kanak sahaja. Golongan lelaki kebanyakan telah keluar bekerja. Makcik atau Amek, gelaran kepada kaum ibu di Tohoi. Manakala Apak ialah panggilan untuk golongan ayah.

Dari 5 buah rumah yang kami hadiri, 4 dari 5 buah rumah tidak tahu bacaan Bismillah. Dengan bantuan pelajar dari UIAM, mereka telah mengajar tuan rumah mereka bacaan Bismillah dan juga telah menampal bacaan Bismillah di dinding rumah untuk panduan tuan rumah kelak. Semoga dengan usaha yang sikit ini, merekan akan beramal dengan Islam sedikit demi sedikit. Sebelum bergerak ke rumah lain, kami akan menyerahkan sumbangan beras kampit 5kg kepada Amek dan sedikit vitamin untuk kanak-kanak.

Pada sebelah petang, Pos Tohoi telah dibasahi dengan hujan. Aktiviti petang tersebut terpaksa dihentikan sebentar sementara menunggu hujan reda. Ada yang mengambil peluang untuk melelapkan mata kerana penat selepas perjalanan yang agak panjang dan setelah tiba mereka tidak sempat berehat kerana aktiviti yang berterusan sejak tiba. Tapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk bergembira dengan kanak-kanak Tohoi bermain hujan. Terselah kegembiraan di wajah-wajah kanak-kanak Tohoi dapat bermain hujan bersama dengan abang dan kakak dari ANSARA Kasih dan UIAM.

Setelah hujan berhenti, program diteruskan dengan aktiviti sukaneka yang diketuai oleh pelajar UIAM. Ada dari ANSARA Kasih yang turut serta dalam aktiviti ini. Aktivti sukaneka dimulakan dengan aktiviti memanas badan. Dua kumpulan telah dibentuk, kumpulan wanita dan kumpulan remaja Lelaki. Pelbagai permainan telah dimain oleh mereka.

Di masa yang sama, ANSARA Kasih dan juga kumpulan penyediaan makanan telah bekerjasama untuk menyediakan makan malam untuk Jamuan Makan Malam pada malam itu. ANSARA Kasih telah menyumbangkan 1000 cucuk sate ayam dan daging, serta 300 keping daging dan 7 beg roti burger di mana 1 beg ada 40 roti burger. Manakala pelajar UIAM memasak mihun dan kuah tomyam.

Semasa sesi penyediaan makanan untuk Jamuan Makan Malam, ada sekumpulan peserta ANSARA Kasih telah menyediakan makanan lagenda budak asrama iaitu Maggi untuk dinikmati oleh kumpulan ANSARA sambil mengimbau kenangan mereka semasa masak Maggi di asrama. Ada yang masak di dalam gayung dan ada juga di dalam baldi dan lain-lain lagi cerita yang dikongsi.
Semasa jamuan makan malam, dijangka lebih dari 300 orang penduduk orang Asli Tohoi turun sertai Jamuan Makan Malam ini. Mereka semua gembira dengan makanan yang telah dihidangkan oleh ANSARA Kasih dan UIAM.

Selepas sesi jamuan makan malam, sesi diteruskan lagi dengan sesi cabutan bertuah dan persembahan dari pelajar lelaki UIAM. Sesi malam itu juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari saudara Hazdi Kojek dari ANSARA Kasih yang telah menyampaikan lagu, main permainan goring pisang dan berkongsi teka-teki.

Setelah tamat sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah, semua penduduk orang Asli telah bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Manakala beberapa kumpulan pelajar telah tinggal di tempat jamuan untuk mengemas.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi perkongsian “Post-Mortem” berkenaan perjalanan program pada hari itu dan juga sesi berkenalan antara JASA UIAM dan juga ANSARA Kasih. Wakil dari ANSARA Kasih; En. Harun Aminulrashid, Timb. Presiden ANSARA dan juga saudara Shafiq Hashim, Ketua ANSARA Kasih.

Selepas tamat, program diteruskan dengan sesi makan malam untuk pelajar UIAM atau mana-mana ahli ANSARA Kasih yang tidak sempat makan kerana sibuk menjalankan tugas pada malam itu.

Seterusnya sesi tamat dan kesemua peserta tidur untuk mengumpul tenaga pada sesi hari Ahad.

Sesi Ahad pagi, dimulakan dengan sesi solat Subuh secara berjemaah. Kemudian semua peserta bersiap untuk sesi seterusnya di Tapak Perhimpunan SK Tohoi. Untuk program pagi ini, ANSARA Kasih akan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 100 orang pelajar di SK Tohoi.

Di tapak perhimpunan SK Tohoi, ANSARA Kasih dan JASA UIAM berkenalan dengan guru-guru yang komited dan sangguh menempuh perjalanan sukar untuk mengajar kanak-kanak orang Asli Pos Tohoi. ANSARA Kasih sempat bertanyakan tentang keluarga pelajar orang Asli yang tinggal lebih dalam lagi dari Pos Tohoi yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah kerana kesukaran untuk mereka hantar anak mereka dari rumah ke SK Tohoi dan selepas kejadian 7 orang pelajar SK Tohoi yang telah hilang selama 46 hari dan hanya ditemui selamat 2 orang pelajar sahaja.

Acara pagi dimulakan dengan sesi perhimpunan sekolah seperti biasa, di mana Penolong Guru Besar dan Cikgu Syafiq memberikan ucapan kepada para pelajar. Seterusnya sesi diteruskan dengan sesi penyampaian beg sekolah kepada setiap wakil kelas sebagai simbolik penyerahan bantuan beg sekolah oleh ANSARA Kasih. Kemudian, sesi diteruskan dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Seterusnya sesi diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh pelajar UIAM sebelum pelajar-pelajar SK Tohoi dibenarkan pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan aktiviti pembelajaran seperti biasa.

Aktiviti seterusnya diteruskan dengan aktiviti sarapan pagi yang telah disediakan oleh pelajar UIAM. Menu sarapan pagi pada hari itu adalah bubur, ikan bilis goreng, bawang goreng dan kicap. Sarapan pagi tersebut amat menyelerakan walaupun ringkas.

Selepas sesi sarapan pagi, pelajar-pelajar UIAM bersiap sedia untuk sesi ziarah. Sebelum mereka bergerak ke sesi ziarah, ANSARA Kasih menyerahkan sumbangan telekung, kain pelekat dan sejadah untuk diberikan kepada rumah-rumah yang bakal diziarahi.

Untuk sesi ziarah kali ini, ANSARA Kasih tidak dapat sertai kerana perlu bersiap untuk berkemas pulang. Walaupun program ini singkat, namun sedikit sebanyak ia memberikan pengalaman yang bermakna buat setiap ahli ANSARA Kasih.

Setelah siap mengemas barang, kami seterusnya bergerak keluar dari Pos Tohoi dan berkumpul di kedai makan pada hari Sabtu untuk makan tengahari. Seterusnya kami berkumpul di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang untuk mengambil kenderaan yang ditinggalkan, mandi dan solat Zohor berjemaah sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *