Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting 2017


Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Serting pada 31 Mac 2017 yang lalu, Ansara Serting mengambil kesempatan ini untuk merasmikan program Tabung Kebajikan Ansara Serting (TakeAnse) dan simbolik penyerahan sumbangan kertas A4 kepada MRSM Serting.   

Alhamdulillah program TakeAnse ini telah masuk tahun kedua dan berjaya menaja perbelanjaan bulanan kepada sejumlah pelajar di MRSM Serting yang memerlukan bantuan secara berterusan setiap bulan. 

Sumbangan kertas A4 pula merupakan sebuah program baru untuk memberi satu bentuk sumbangan kepada maktab. Program 1Ex 1Rim berjaya mengumpul sejumlah dana untuk kami belikan kertas A4 kepada maktab yang akan menggunakan untuk tujuan pembelajaran dan membuat salinan kertas-kertas soalan peperiksaan.


Sumbangan untuk kertas A4 masih lag dibuka sehingga kini untuk penghantaran fasa yang berikutnya


Terima kasih kepada semua penyumbang TakeAnse dan 1Ex 1Rim. Sumbangan anda amat dihargai. 

Terima kasih juga kepada Timb. President Ansara yang turut hadir hari ini memberi sokongan kepada aktiviti yang dianjurkan oleh Cawangan Ansara Serting. 

Admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *