Program Feed The Homeless

Program Feed The Homeless

(null)

Pada 6 Mei 2017 tepat jam 11.59 tengah malam ANSARA Serting telah menganjurkan program Feed The Homeless dengan kerjasama Kindness Malaysia.

Dalam program ini kami telah mengumpulkan dana daripada bekas pelajar MRSM Serting untuk membeli 150 pek makanan dan barangan asas kebersihan diri untuk diagihkan kepada gelandangan sekitar Kota Raya.

Beberapa wakil Ansara Serting telah bersama-sama turun padang untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Harun Aminulrashid , Timbalan Presiden ANSARA yang turut hadir untuk menjayakan program ini.

(null)

Sekalung tahniah diucapkan kepada penyumbang samada dari segi kewangan atau tenaga kerana telah menjayakan program anjuran ANSARA Serting pada kali ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *