Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Serting 2017

Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Serting 2017

(null)

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ansara Serting 2017 telah pun berjalan lancar pada pagi tadi di INTI International College, Jalan Sultan Ismail.

Seperti tahun yang lalu Ansara Serting menjalankan MAT secara berkelompok dengan beberapa cawangan lain anjuran ANSARA Pusat. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden ANSARA dan Tuan Harun Aminulrashid, Timbalan Presiden ANSARA kerana sudi meluangkan masa melawat MAT kami pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada pucuk pimpinan sebelum ini yang diterajui oleh Ir Rozaimi selaku Presiden kerana telah meletakkan Ansara Serting relevan sehingga kini. Semoga mereka terus bersama-sama dan menyokong kepimpinan yang baru.

(null)

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan EXCO dan AJK yang baru dilantik hari ini. Semoga dengan tunjuk ajar daripada kepimpinan lama dan sokongan daripada semua bekas pelajar MRSM Serting, MRSM Serting dan ANSARA Pusat khususnya dapat membawa ANSARA Serting ke arah yang lebih baik dan memberi manfaat kepada semua.

Berikut adalah barisan kepimpinan baru ANSARA Serting

Presiden : Tuan Hj Mohd Dziehan bin Mustafa SPM1997

Timbalan Presiden : En Mohd Nurazman bin Jamaluddin SPM2000

Setiausaha 1 : Pn Merliya binti Malek SPM1998

Bendahari : Pn Siti Nor Juliana binti Jaafar SPM2000

AJK :
Sukan & Rekreasi : Muhammad Hazeeq bin Kamaruddin SPM2011

Sebaran Maklumat : Ahmed Akmal Abdull Wahid SPM2004

Perhubungan (Pusat) : Ir Rozaimi bin Shamsuddin SPM1995

Perhubungan (Maktab) : Mohd Hadee Iqwan bin Shohemi SPM2012

Kebajikan & Modal Insan : Syara Aqilah binti Sakdon SPM2006

Barisan EXCO juga dengan ini melantik Ir Rozaimi Shamsuddin yakni mantan Presiden ANSARA Serting untuk menjadi penasihat kepada kepimpinan yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *