Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

(null)

ANSARA Serting mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru dan pendidik diluar sana terutamanya cikgu-cikgu yang pernah dan masih mengajar di MRSM Serting dari tahun 1994 sehingga kini.

Sesuai dengan ucapan di atas kami kini berjaya dalam bidang kami yang kami ceburi namun kami masih mengharapkan doa dan keberkatan ilmu daripada cikgu-cikgu semua.

Maafkan kami sekiranya terdapat salah silap kami yang mengguris hati cikgu-cikgu semua.

Semoga cikgu-cikgu semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Jasa yang telah cikgu-cikgu berikan tidak mampu kami balas.

Tidak lupa juga marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al- Fatihah buat dua orang cikgu yang pernah mengajar di MRSM Serting yang telah kembali ke rahmatullah iaitu allahyarham cikgu Safian dan allahyarhamah cikgu Yusliza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *