Santai Moreh bersama ANSARA Serting

Santai Moreh bersama ANSARA Serting

(null)

TEMPAT: Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya.

TARIKH : 09 Jun 2017

HARI: Jumaat

MASA : 9.30 malam hingga 1.00 pagi

BILANGAN KESELURUHAN: 62 orang.

(null)

AKTIVITI:

Program Santai Moreh

9Jun2017 – ANSARA Serting telah mengadakan Program Santai Moreh di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Seramai 62 orang telah hadir ke program ini, merangkumi bekas pelajar-pelajar serta ahli keluarga masing-masing. Tujuan pelaksanaan Program Santai Moreh ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar MRSM Serting.

(null)

Program tersebut telah bermula pada 9:30 malam usai sahaja para jemaah mendirikan solat Tarawikh. Pelbagai juadah telah dibawa oleh para hadirin. Selain itu, pelbagai tarikan yang menarik yang disediakan oleh penganjur buat semua peserta antaranya menaiki scooter elektrik, teepee dan bermain belon air. Anak-anak kecil turut bergembira dalam menghadiri Program Santai Moreh.

(null)

(null)

(null)

(null)

Program ini turut sedikit sebanyak membantu bekas pelajar-pelajar MRSM Serting untuk mengenali ANSARA Serting serta mendaftarkan diri bagi mengikuti program-program yang akan berlangsung pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, ANSARA Serting serta Gojes Tent dan Cervello Tres yang telah menjayakan Program Santai Moreh ini.

(null)

(null)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *