Ceriakan Rumah Mereka (Rumah Opah Hasnah)

Ceriakan Rumah Mereka (Rumah Opah Hasnah)

img_2991-2.jpg
Ahad 18 Jun 2017 yang lalu, satu program kebajikan telah berlangsung di Rumah Opah Hasnah di Bukit Kuda, Klang, Selangor. Ia merupakan suatu inisiatif untuk menyantuni Opah Hasnah yang menjaga anak-anak yatim, anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa serta anak-anak yang kurang berkemampuan. Program ini melibatkan kerjasama daripada gabungan Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Kuantan K16, Serting, Kuala Lipis serta Parlimen Belia Negeri Selangor.

img_2988.jpg

Program ini ditunjangi oleh:
Lt Mohd Hisyam bt Sah Nuddin – Ahli Parlimen Belia Negeri Selangor
Syara Aqilah bt Sakdon – ANSARA Serting
Ahmed Akmal bt Abdull Wahid – ANSARA Serting
Hamizah bt Johan – ANSARA Kuala Lipis ( Tun Ghazali Shafie)
Farah Izyan bt Mustafa Kamal – ANSARA Kuantan K16
Siti Noratiqah bt Meor Mohd Nazir- ANSARA Serting

Sebelum program berlangsung, pihak penganjur telah berjumpa dengan Opah Hasnah beberapa kali untuk memastikan keadaan persekitaran bersesuaian dengan tentatif program serta untuk mengetahui jumlah anak-anak yang terlibat iaitu seramai 32 orang yang berusia seawal 4 tahun hingga 18 tahun.

Tanggal 18 Jun 2017, seawal jam 10 pagi kumpulan sukarelawan dan penganjur dipecahkan mengikut aktiviti iaitu aktiviti mengemas surau waqaf dan mengecat rumah Opah Hasnah. Anak-anak juga turut serta dalam mengecat rumah dan mengemas surau.

img_2994.jpg

Presiden ANSARA Serting, Tuan Hj Mohd Dziehan Mustafa turut hadir seawal jam 11 pagi untuk menyantuni Opah Hasnah. Selaku ahli farmasi, Tuan Hj Mohd Dziehan Mustafa sempat melihat ubat-ubatan yang diambil Opah untuk memantau dos pengambilan ubat bagi mengukur tahap kesihatan Opah Hasnah.
Kemudian, kami berehat sebentar sambil mengadakan permainan mini seperti ‘musical chair’ dan kotak beracun antara para sukarelawan dan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan.

img_2993.jpg

Pada sebelah petangnya pula, persiapan menyediakan juadah berbuka dimulakan kira-kira jam 3 petang. Sebahagian sukarelawan lelaki yang dibantu anak-anak lelaki mula memanggang ayam dan sosej manakala sebahagian sukarelawan perempuan membantu di dapur menyediakan juadah tambahan untuk berbuka puasa seperti mee goreng, bihun goreng, air laici dan air teh susu. Seterusnya, pada jam 6 petang, kerja-kerja menyusun meja dan kerusi dimulakan. Pada jam 6.30, rumah Opah Hasnah mula dipenuhi dengan jiran tetangga Opah yang kebiasaannya akan menumpang makan disitu apabila ada aktiviti dibuat di rumah Opah serta para tetamu jemputan yang lain.

img_2990.jpg

Tatkala masuk waktu Maghrib, bacaan doa berbuka puasa dan doa makan dimulakan oleh Lt Mohd Hisyam. Usai menikmati juadah berbuka puasa, kami semua menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau waqaf.

Aktiviti diteruskan lagi dengan upacara penyampaian duit raya oleh Presiden ANSARA Serting, Tuan Hj Mohd Dziehan Mustafa kepada anak-anak seramai 32 orang itu serta penyampaian baju raya anak-anak kepada wakil rumah Opah Hasnah.

img_2989.jpg

Sebelum menutup tirai program, acara bermain bunga api dimulakan untuk anak-anak sumbangan ikhlas Timbalan Presiden ANSARA Serting, Encik Mohd Nurazman Jamaluddin bagi menaikkan suasana menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Acara bermain bunga api turut sama disertai oleh pihak penganjur serta sukarelawan yang turut sama ingin merasai kemeriahan Aidilfitri.

img_2995.jpg

Program berakhir sekitar jam 9 malam setelah mengemas kawasan persekitaran rumah Opah dan mengutip sampah serta saki baki makanan yang ada. Sebelum pulang, kami bersalam-salaman dengan Opah Hasnah dan wakil-wakil dari rumah Opah Hasnah yang turut sama membantu menjayakan program ini.

Dikesempatan ini, pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
1. Para penyumbang/penderma rumah Opah Hasnah dan anak-anak
2. Presiden ANSARA Serting, Tuan Hj Mohd Dziehan Mustafa
3. Timbalan Presiden ANSARA Serting, Encik Mohd Nurazman Jamaluddin
4. Bendahari ANSARA Serting, Puan Siti Nor Juliana Jaafar
5. Presiden ANSARA Kuala Lipis, Saudara Mohamed Saiful Zainal Abidin
6. Presiden ANSARA Kuantan, Saudara Rashidi Mohd Rashidi bin Rashid
7. Koperasi ANSARA Kuantan
8. Naval Nautica Ventures
9. Majlis Perbandaran Klang
10. Parlimen Belia Negeri Selangor
11. Para Sukarelawan Hayatee Hamid, Amirul Ikmal,Muhammad Syakirin, Muhammad Fatih, Mahirah, Hanis Soffiya, Syahirah Zalina dan Fathihah Jasmin.
12. Puan Nurul Shazalina Zainuddin

img_2987.jpg
Semoga Allah panjangkan usia penderma, dimurahkan rezeki sentiasa, dikurniakan rezeki yang diberkati dan berpanjangan serta dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.
Sekiranya diberi kesempatan, kami akan terus melakukan lawatan berkala ke rumah Opah Hasnah bagi bertanya khabar pada Opah dan anak-anak.
Segala salah dan kekurangan yang datangnya dari pihak penganjur, mohon kemaafan kepada pihak Rumah Opah, para sukarelawan dan tetamu jemputan. Pihak penganjur menerima segala cadangan dan penambahbaikan untuk kami perbaiki untuk program masa hadapan.

Terima kasih.
Syara Aqilah
ANSARA Serting 2006

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *