Open House ANSE 2017

Open House ANSE 2017

Pada 29 Julai 2017, ANSARA Serting telah mengadakan Program Rumah Terbuka yang bertempat di Dr Shaz Homestay, Bangi Avenue 2. Seramai 300 orang telah hadir ke program ini yang mana ianya terdiri daripada bekas pelajar serta ahli keluarga masing-masing. Tujuan perlaksanaan Program Rumah Terbuka ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara bekas pelajar MRSM Serting dan guru-guru sekaligus bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada tahun ini.

img_3708.jpg

Program tersebut telah bermula pada 3 petang. Pelbagai juadah telah disediakan oleh ahli jawatankuasa program seperti ketupat, rendang daging, ayam masak lemak, ketupat, kuah kacang, nasi putih, sayur campur, ulam-ulaman, ikan goreng kicap, kuah lodeh, lemang, soto, kuih-muih serta buah-buahan dan minuman. Kesemua juadah ini telah ditempah dari pihak katering.

img_3708.jpg

img_4554.jpg

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Presiden ANSARA iaitu En. Harun AminulRashid. Gambar dibawah antara ahli-ahli jawatankuasa program yang sempat bergambar bersama-sama En. Harun.

img_4567.jpg

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh penganjur buat semua yang hadir seperti sesi perkongsian ilmu yang bertajuk “Trying to be a Khadijah in a Kim K world” oleh Puan Fansyurina (SPM 1997) dan “Running for an active lifestyle” oleh En. Tajul (SPM 1995). Pada sebelah malam pula telah diadakan pertunjukan bunga api disamping sesi perkongsian ilmu tentang bisnes oleh Timbalan Presiden ANSARA Serting, En. Azman (SPM 2000) yang bertajuk “Branding”.

img_4568.jpg

Program ini turut memberi peluang kepada pihak ANSARA Serting untuk mempromosikan barang-barang jualan (merchandise) seperti ‘car sticker’, ‘custom sign’, mug berlogo ANSE, serta tshirt ANSARA Serting. Hasil jualan ini sangat bermakna kerana segala keuntungan dan sumbangan akan dimasukkan ke dalam tabung ANSARA Serting.

img_3761.jpg

img_3759.jpg

Program ini turut sedikit sebanyak membantu bekas pelajar MRSM Serting untuk mengenali ANSARA Serting serta mendaftarkan diri bagi mengikuti program-program yang akan berlangsung pada masa akan datang. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, ANSARA Serting serta Dr Shaz Homestay yang telah berjaya merealisasikan program ini dan segalanya telah berjalan dengan lancar. Sekian terima kasih.

img_4566.jpg

img_4564.jpg

img_4563.jpg

img_4559.jpg

img_4562.jpg

img_4558.jpg

img_4555.jpg

img_4553.jpg

img_4557.jpg

img_4552.jpg

img_4554-1.jpg

img_4556.jpg

img_4560.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *