ANSARA SERTING RUNNERS

ANSARA SERTING RUNNERS

img_5548.jpg
ANSE Runners bermula dengan sekumpulan kecil batch 95 ANSE yang mempunyai minat yang sama dalam sukan larian.

img_5540.jpg
Kini setelah lebih 2 tahun mereka berlari bersama, ANSE Runners telah berjaya mengumpulkan lebih 30 orang yang secara aktif menyertai pelbagai pertandingan larian yang diadakan di Malaysia.

Pada 7 Oktober 2017 yang lalu ANSE Runners telah menghantar seramai 4 pasukan di acara ASICS Relay iaitu 2 pasukan Half Marathon dan 2 lagi pasukan Full Marathon. Pasukan Full Marathon yang kita namakan sebagai Team ANSE Type R yang terdiri daripada Fakhrul, Dr Ismail, Fariq dan Amir telah berjaya mendapat tempat ke 8 daripada 196 pasukan yang bertanding.

img_5545.jpg

img_5144.jpg

img_5450.jpg
ASICS Relay juga telah berjaya mengumpulkan ANSE Runners daripada pelbagai batch daripada batch 95 sehingga lah ke batch 2013 dimana penglibatan paling ramai adalah daripada batch 95. ANSE Runners sepakat menggunakan hashtag #runfortajul untuk ASICS Relay untuk memberikan semangat kepada salah seorang pengasas ANSE Runners yang kini sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Pada minggu ini ANSE Runners juga turut menghantar wakil ke Larian HSN PROTON 21km. Antaranya ialah Syara Aqilah, Ain Hawa, Fariq dan Fakhrul.

img_5718.jpg

Sementara itu Dr Ismail pula berjaya menawan Gunung Kinabalu dalam 30th Mt Kinabalu International Climbathon mewakili ANSE Runners setelah dipilih untuk menyertai pertandingan tertutup ini. Pertandingan ini terdiri daripada pelari-pelari elit yang yg terpilih daripada beberapa siri larian mendaki gunung. Tahniah diucapkan kepada Dr Ismail dan terima kasih kerana telah mengharumkan lagi nama ANSARA Serting umumnya dan ANSE Runners khususnya.

img_5709-1.jpg

img_5708-1.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *