Selamat Hari Guru

ANSARA Serting mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru dan pendidik diluar sana terutamanya cikgu-cikgu yang pernah dan masih mengajar di MRSM Serting dari tahun 1994 sehingga kini. Sesuai dengan ucapan di atas kami kini berjaya dalam bidang kami yang kami ceburi namun kami masih mengharapkan doa dan…

Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Serting 2017

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ansara Serting 2017 telah pun berjalan lancar pada pagi tadi di INTI International College, Jalan Sultan Ismail. Seperti tahun yang lalu Ansara Serting menjalankan MAT secara berkelompok dengan beberapa cawangan lain anjuran ANSARA Pusat. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden ANSARA dan…

Program Feed The Homeless

Pada 6 Mei 2017 tepat jam 11.59 tengah malam ANSARA Serting telah menganjurkan program Feed The Homeless dengan kerjasama Kindness Malaysia. Dalam program ini kami telah mengumpulkan dana daripada bekas pelajar MRSM Serting untuk membeli 150 pek makanan dan barangan asas kebersihan diri untuk diagihkan kepada gelandangan sekitar Kota Raya.…

“Bukan Doktor Gugel” hasil karya salah seorang ANSARA Serting bersama-sama 18 orang lagi penulis berlatar belakangkan kesihatan dan perubatan yang hebat

Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2017) yang akan bermula esok 28 April 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), anda boleh dapatkan buku "Bukan Doktor Gugel" keluaran Katapillar Books yang menampilkan 19 orang penulis berlatar belakangkan kesihatan dan perubatan yang hebat dalam bidang masing-masing termasuk saudara Mohd Dziehan…

Kempen Derma Darah

Kempen derma darah anjuran ANSARA akan berlansung di beberapa tempat seluruh Malaysia sebagai persiapan menjelang Ramadhan dan Syawal. ANSARA Serting bekerjasama dengan ANSARA Kasih akan mengelolakan kempen ini seperti butiran berikut Tempat: AEON Shah Alam Tarikh: 20 & 21 Mei 2017 Masa: 10.00 am - 5.00 pm Dengan ini kami…

Mohd Dziehan Mustafa, Timbalan Presiden ANSARA Serting secara lansung di Slot Assalamualaikum TV AlHijrah 19 April 2017

Marilah kita sama-sama saksikan pada hari ini, 19 April 2017 jam 9.00 pagi En Mohd Dziehan bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang juga merupakan Timbalan Presiden ANSARA Serting akan berkongsi berkaitan tajuk "Rebah disebabkan Postural Hypotension". Kita juga boleh membaca dengan lebih lanjut berkaitan tajuk tersebut…

ANSARA Serting meneruskan misi mengejar kejuaraan selepas bergelar Juara Divisyen 2 Liga Alumni tahun lalu

Setelah bergelar Juara Divisyen 2 Liga Alumni 2016/2017 pasukan ANSARA SERTING meneruskan lagi perjuangan mereka pada tahun ini. Mereka yang terdiri daripada bekas pelajar MRSM Serting SPM2011, SPM2012 dan SPM2013 kini berada di Pasukan 16 terakhir Piala Alumni 2017.  Selamat berjuang, semoga beroleh kejayaan dan mengharumkan nama MRSM Serting.

Bekas Pelajar MRSM Serting mencatat sejarah

  Sekalung tahniah buat Dr Siti Aishah Tajudin, ketua jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Keningau, Sabah yang telah berjaya mengetuai kumpulan beliau untuk membantu tiga orang ibu melahirkan anak kembar dalam tempoh 75 minit sahaja. Dr Siti Aishah yang merupakan bekas pelajar MRSM Serting menyatakan kepada media bahawa empat daripada…